BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

aku tidak pernah menyalahkan sesiapa,
hanya diri ini yg sering sahaja terlupa,
posisi dan tugas yg sepatutnya,
kerap kali seperti ingin menjadi penguasa,
yg seakan mahu merampas kerja mereka..

aku engkau
kita sahabat,
yg tinggi dgn hasrat,
mengungkap kata azimat,
yg mampu mengikat.

bukan salahmu,
tp mungkin salahku,
acap kali bertutur melulu,
tidak selami hatimu pilu

namun
walau ape yg berlaku,
selagi tubuh tidak kaku,
engkau yg aku mahu,
itu yg aku tahu,
noktah.

aku sayang engkau,
aku rindu engkau,
semuanya kerana Allah,
tidak perlu aku zahirkan,
kerna aku percaya pada yg Maha Esa,
aku yakin dengan Sang Pencipta,
kita insyaAllah bersama,
itu yg sedang aku usaha.

mungkin aku xmngerti
klausa kata seluas ini
namun cuba aku fahami
ombak tak menghempas
kereta tidak bergerak,
api tidak menyala..

adakah mungkin engkau lihat cahaya
sedang diri ini menyusuri liku liku lorong yg gelita?
adakah hidung terhidu busuknya jiwa ini?
tapi tak mengapa aku terima..
hanyir tubuh ini memang mudah dikesan,
di lorong gelap yg tidak berpenghujung,
sudah ada yg tewas,
berpatah balik di pertengahan,
hingga aku sudah terbiasa,
kadangkala aku merenung sejenak,

adakah aku punca?
adakah aku sebabnya?

entahlah..
aku manusia,
engkau juga manusia,
ada masanya aku sahaja,
adakala aku berduka,

mungkin masa tidak kena,
mungkin hati tidak bersedia
tapi aku akan bertahan..
bertahan utk selamanya
hingga kita bersama
menuju ke syurga

dan sekiranya
kalau bukan engkau,
pendirian tidak akan ku ubah
pasti langkah tidak ku buka,
rela menjadi bara,
sampai ke akhir,
sampai binasa,
sampai bertiup sangkakala,
biar tenaga utk yg Esa,
membalas jasa
mereka yg menjaga hingga dewasa.


 
Bruno Mars - Talking To The Moon