BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..

Ni 1st post gua sejak hari raya,
so selamat hari raya utk semua yg terbaca or tersinggah blog ni,
gua percaya xla ramai mane tp ok la dari takde..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin utk semua,
harap maafkan salah susunan tatabahasa dlm entri2 gua,
kalau ade yang terasa ngn post gua,
gua mintak maap..
Kadang2 kita xtau pon yg kita dah buat org kecik ati,
so gua harap kita amalkan saranan astro la.."Kosong-kosong"

Beraya tu beraya gak ye,
batas2 agama jangan korang langgar selambe je
aidilfitri ni perayaan agama
kalau korang sebat langgar perintah agama
habuk pon korang tak dapat
same2 la mengingatkan antara kita InsyaAllah..
gua pon bukan baik sangat tapi ade la usaha tu
walaupun selalu kena nganjing ngn mmber2

Raya kali ni mungkin x seberapa utk kebanyakan org
gua maksudkan gua sendiri la.
Gua g semayang raya taun ni sgt ala kadar,
berkopiah,baju melayu,kain pelekat..
sampai mak gua pon sound "kau ni nak beraya ke g semayang jumaat?"
naseb bek gua ade idea bernas lalu menjawab
"semayang jumaat ngn semayang raya same je, nak menghadap Allah..yg pnting niat tu btol ngn pakaian kemas"
mak gua pon mengalah lalu terus mengisi balang2 kosong dgn kuih raya.
Sebenarnya bagi gua tak bagus korang bezakan solat sunat, wajib, kat umah n kat masjid.
Korang solat la kat mana pon, sendiri or berjemaah mesti kena btol2.
Tak adil la korang solat kat rumah pakai kain pelekat ngan baju pagoda,
pastu pegi masjid pakai macam nak kawen lain (utk yg dah berkahwin),
korang bukan nak tunjuk pakaian kat orang,
konsep dia sekarang ni nak berpakaian kemas dan bersih untuk menghadap Allah.
jumpa awek boleh pulak berjam nak bersiap..hampeh tol..

Satu perkara lagi gua nak share masalah sosial
Gua tgk masa puasa tu ade la beberapa kanak2 sekolah menengah
duk berdating dekat taman permainan kanak2 dpn umah gua
gua nak bersenam ngn member pon tak senang rase
macam laki bini tuu..pluk sana sini,duk berpangku lagi..
gua perati je sambil duk bersenam tu sebab jauh
last2 ada satu kapel ni duk dkt2 ngn tmpat kitorang bersenam
gua dah start pandang serong je kat dyorg ni tapi gua tahan la
tup tup si laki ni kuar rokok duk hisap dpn mata gua
direct je gua sound "bro, kalau tak puasa simpan sendiri jela.."
mula2 macam xpuas ati gak muka kanak2 ni,bajet2 gangster je dpn makwe dy..
gua pon senyum je kat dy n sambung briadah (dlm ati gua risau gak dy pnggil geng bas skolah dy)
tak lame tu gua tngok dy blah smbil pandang gua serong gak..

esoknya gua pegi beriadah, 
ramai plak kanak2 merokok kat taman tu macam saje je nk bakar line,
gua buat tak tau je sebab diorang ramai..
tibe2 ada apek veteran jiran gua keluar jalan2 dia nampak kanak2 merokok
dia tanye gua boleh merokok ke bulan puasa
gua pon cakap la kuat2 (suara gua mmg kuat sejak azali)
"Spatutnya xboleh tauke, tapi mereka ni masih kanak2..parents tak bagi puasa takut tak tahan nak buka"

Gua tengok ade la 2-3 org xpuas hati macam nak gaduh (gua dah takut sbenarnye)
Nasib baik ade 2 brader gym datang nk beriadah kat tmpat gua,
Gua dgn beraninya beramah mesra sambil mengharapkan kanak2 tadi batalkan niat nak ke tempat gua..
Nasib gua mmg baik la,kanak2 tu sume duk dari jauh je perati..
Akhirnya happy ending utk gua..haha

Gua nak advise kat parents2 la,
Korang tu contoh anak2,
Kalau korang tak tunjuk perlakuan baik,
tak ajar anak2 buat perkara yang baik,
jangan terkejut la kalau anak korang boleh conteng arang kat muke korang.
Gua sebagai remaja pertengahan usia, tau gak mmg susah nak didik anak.
(tgk mmber2 yg dh jadi remaja lanjut)
Kalau korang rase tak mampu nak ajar anak2,
bagi la cikgu2 'ajar cukup2' anak korang..

Tak payah nak dimanjakan sangat smpai tak boleh kena rotan,
gua dulu mmg banyak belajar ngn rotan daripada belajar subjek kat kelas,
tapi Alhamdulillah gua sedar gua bagi masalah kat parents gua..
bile korang bela anak korang, diorang akan jadi degil n show off gile2..
Korang bayangkan mmber gua citer mase jadi cikgu pelatih,
murid2 selambe lari keluar kelas masa tengah mengajar..
kalau generasi aku dulu bising sikit dalam kelas dah kena rotan
Nampak tak perbezaan kekerasan kepala budak sekarang??
Parents tolong la main peranan..
Gua xsanggup tengok generasi akan datang sekadar update dgn gajet
tapi tak diupdatekan pasal adab dan agama..

So, gua rase mcm dah banyak sangat bercerita..
Dah penat jari menaip,
gua nak susun sepuluh jari mohon ampun sekali lagi..
Selamat hari raya..

Wassalam


Doakan Mereka

Salam..selamat berpuasa utk seluruh umat Islam...
Sekadar pesanan ringkas
Dari Insan yg khilaf

Dunia kita hari ini dikejutkan dgn pelbagai bencana,
Myanmar
Syria
Mesir
Palestin
Malaysia
dan negara2 lain yg kita tak tahu keadaan di sana

Macam2 dugaan diterima
Sebagai manusia yg diselubungi dosa
Ambil iktibar dan berusaha
Kembali ke jalan Allah yg maha Esa

Pesanan aku utk semua umat manusia
Tak kira muslim or non muslim
Doakan kesejahteraan seluruh umat dunia
Hentikan komen2 offensive
Jangan menyalahkan mana2 pihak
Tidak kurang juga hentikan mengambil kesempatan

Doakan yg terbaik utk mereka
Doakan seluruh dunia kembali aman
Dan kepada muslim,
Doakan kebangkitan Islam
Kebangkitan bukan utk membinasakan agama lain,
tapi bangkitnya Islam supaya semua org dapat merasa
kepimpinan utuh dan toleransi individu yg bergelar muslim

Pray for Gaza
Pray for Malaysia
Pray for the peace of World

Assalamualaikum

Nostalgia seorang anak seni..PUIHH

Salam..

Tinggalkan semua perasaan yg dikawal oleh nafsu semata
Cari semula kekuatan diri dengan sesuatu yg membina

So, instead of showing the feeling with all of you
I found that I need to cheer myself up
So I could stand higher than anybody else
Cehh speaking plak tetiba....

Gua just nak share lagu2 legend utk gua,
yg gua selalu dgr sejak dari alam tadika lagi
sebenonye banyak lagu2 legend utk gua
tapi gua story pasal satu group ni jela

BLUE

yang lelaki2 ni jgn pkir bnda pelik plak..
Diorang ni group British
Gua suka dengar sebab diorang punya slang
Nice to hear...
Jangan kata gua gay pulak minat group laki
Ok pe daripada korang duk minat group KPOP yang takde hala tuju hidup
At least BLUE ni pandai cakap mat salleh..hehehe
Dari group KPOP korang yg duk jual "sayo-sayo"

Bulan pose ni ok la korang nak layan lagu2 BLUE ni
Takkan nak layan lagu Miley Cyrus yg mcm hype hisap weed tu
Perangai pun mcm mat saleh takde pegangan agama
Maksud aku agama diorang la
Mane ade agama yang benarkan penganut buat suke hati
Mesti semua nak penganut behave je

By the way
korang boleh layan lagu2 ni kat youtube
group ni sebenonye dah boleh taraf legend
and diorang pon ade buat album baru taun lepas
(ini pon gua tgk komen orang kat u-tube)..

Layan je la ye..
Selamat berpuasa semua


p/s : lagu feveret gua breath easy..

Salam...

SABAR ITU INDAH..

Biarlah aku melihat dari tepi
memerhati dari sudut sepi
asalkan engkau terus menikmati
rahmat dan bantuan dari Illahi

Aku tidak mahu menganggu
aku tidak sedia bermadu
sampai masa nanti kita akan bersatu
semoga mendapat redha dari yg Satu..

Cukup zaman gelap yg kita harung,
menjadi pengajaran berguna sebelum bertarung,
kita bicara lagak dewasa
hati masih selalu berkaca
tetapkan hala
perkuatkan jiwa
bila masa datang menyapa
jangan bilang tidak bersedia.

Sekarang kita pergi rasa
Macam mana hebat lakonan dunia
Siap sedia anggota dan senjata
Agar tidak tewas diratah jelata

Engkau mahu itu
Aku mahu ini
Mungkin masih belum jelas
Atau mungkin tidak sekata
Tak mengapa,
kita pergi sua seluruh dunia
sampai tak lagi mampu ketawa
Nah, itu masanya

semoga engkau bahagia dengan cita
aku akan terus mengalah kerna cinta
bukan setiap kalah mesti balah
bukan setiap cita mesti sengsara
kita cuba cara kita

harapan dan doa sentiasa ada
teguh berpegang janji setia
mendamba cinta ikatan selamanya
jadi tujuan setiap manusia.

Wassalam






Pentas Dunia

Hari ini aku kembali
Menjadi pelesit,
Peduli nasib sendiri,

Engkau pernah merana,
Aku pernah sengsara,
Kini aku mendengar,
Sentiasa bertanya khabar,
Walau aku pendosa,
Walau aku pendusta,
Aku juga berhak,
Punyai impian mendongak.

Sekali lagi,
Perit rasa hati,
Engkau nampak gembira,
Mereka nampak mesra,
Bukan aku tak bahagia,
Tapi mana aku punya?
Mana tempat engkau sedia
Jelingan serta perasaan,
Senyuman ikhlas tanpa alasan,
Susun perkataan nampak kesan,
Mengapa mesti mereka??

Jika aku engkau malu,
Jika aku engkau segan,
Adakah aku bukan kawan?
Engkau ingat mereka setiap hari,
Engkau lupa hari sendiri,
Buat engkau mereka selesa,
Mereka beri rasa selamat,
Mereka lawan mereka kawan.

Sering engkau berkata soal rasa,
Tapi adakah pasti engkau merana?
Merana atas aku yang menyeksa?

Engkau semat mereka dalam ingatan,
Engkau simpan mereka dalam tatapan,
Seluruh dunia perasan,
Aku juga ada perasaan,
Kini aku hanya melihat apa yg mereka lihat,
Aku merasa ape yg mereka rasa,
Tapi aku bukan mereka,
Bukan perhatian yang aku mahukan,
Hanya sedikit belas ikhsan,
Yang mampu buat aku bezakan,
Diri aku dan diri mereka sekalian.

aku tidak pernah menyalahkan sesiapa,
hanya diri ini yg sering sahaja terlupa,
posisi dan tugas yg sepatutnya,
kerap kali seperti ingin menjadi penguasa,
yg seakan mahu merampas kerja mereka..

aku engkau
kita sahabat,
yg tinggi dgn hasrat,
mengungkap kata azimat,
yg mampu mengikat.

bukan salahmu,
tp mungkin salahku,
acap kali bertutur melulu,
tidak selami hatimu pilu

namun
walau ape yg berlaku,
selagi tubuh tidak kaku,
engkau yg aku mahu,
itu yg aku tahu,
noktah.

aku sayang engkau,
aku rindu engkau,
semuanya kerana Allah,
tidak perlu aku zahirkan,
kerna aku percaya pada yg Maha Esa,
aku yakin dengan Sang Pencipta,
kita insyaAllah bersama,
itu yg sedang aku usaha.

mungkin aku xmngerti
klausa kata seluas ini
namun cuba aku fahami
ombak tak menghempas
kereta tidak bergerak,
api tidak menyala..

adakah mungkin engkau lihat cahaya
sedang diri ini menyusuri liku liku lorong yg gelita?
adakah hidung terhidu busuknya jiwa ini?
tapi tak mengapa aku terima..
hanyir tubuh ini memang mudah dikesan,
di lorong gelap yg tidak berpenghujung,
sudah ada yg tewas,
berpatah balik di pertengahan,
hingga aku sudah terbiasa,
kadangkala aku merenung sejenak,

adakah aku punca?
adakah aku sebabnya?

entahlah..
aku manusia,
engkau juga manusia,
ada masanya aku sahaja,
adakala aku berduka,

mungkin masa tidak kena,
mungkin hati tidak bersedia
tapi aku akan bertahan..
bertahan utk selamanya
hingga kita bersama
menuju ke syurga

dan sekiranya
kalau bukan engkau,
pendirian tidak akan ku ubah
pasti langkah tidak ku buka,
rela menjadi bara,
sampai ke akhir,
sampai binasa,
sampai bertiup sangkakala,
biar tenaga utk yg Esa,
membalas jasa
mereka yg menjaga hingga dewasa.


AKU MENGALAH

Aku tak fasih berkata
Aku tak seni dalam berbahasa
Tapi tak bermakna aku diam tiada apa
Hanya hati mengerti sang pemilik jiwa

Walau maksud tidak ku fahami
Aku tahu ada yang bersemi
Dalam sanubari kau terluka 
Pasti kerana aku sahaja

Ayat tak semanis madu
Janji tak sekukuh batu
Namun aku masih berpegang 
Dengan apa yang aku sayang

Jika engkau terluka kerana ku
Ungkapan maaf sekadar mampu
Walau tak mampu memujuk hati
Menjadi tanda menyerah diri

Aku masih tak mengerti apa yang aku lakukan, 
sehingga engkau melafazkan 
Adakah mungkin engkau bosan dgn perkataanku?
Ataupun menyampah dengan perbuatanku?
Mungkin juga benci dgn hatiku?

Entahlah
Kadangkala aku mengalah
Aku tak marah 
Mengawal setiap inci amarah
Tapi kenapa seperti aku yg bersalah?

Harapanku hati yang engkau bawa masih tetap bersatu dgn jiwa,
Agar aku tak lekang dari ingatan
Sentiasa membakar semarak cinta

Engkau tidak pernah tahu apa yg aku simpan
Tidak pernah lihat perjuangan aku utk kita
Tidak pernah dengar hebahan aku tentang kisah kita
Mungkin kerana aku lebih suka
Membuat suatu secara rahsia
Berbanding dipuji serata dunia

Jika engkau tahu
Pasti di bibirmu senyuman paling ayu
Pasti di hatimu engkau layu

Namun aku tak suka menunjuk
Biarkan aku tunduk
Sehingga kadang terduduk

Kesat matamu
Betulkan simpuhmu
Tumpulah dengan kerja mu
Biarkan aku sendiri
Lakukan tanggungjawab ini

Aku mampu
Aku harus mampu
Aku perlu terus mampu


Teruskan perjuanganmu 
Walau aku tidak membantu
Aku tahu engkau juga mampu
Hati ini memang ikhlas untukmu

Aku bukan pencinta wanita
Aku bukan penjinak jiwa

Aku punya cita
Aku punya azam

Aku akan lebih serius
InsyaAllah

Walau air mata mengalir
Aku akan sentiasa kuat dan tak kan berpaling
Kerna aku ada visi
Aku punya misi
Dan engkau sebagai penanda
Untuk aku berjaya



*Abang Jawa*
~Kalah dan terus mengalah, percaya pada Allah~


 
Bruno Mars - Talking To The Moon