Lupa.
Bila selalu jadi biasa.
Jadi tidak kuasa.
Bukan tidak ingatkan.
Tiga kali pesan.
Anak pun bisa jadi bosan.
Dewasa sampai kata boleh jalan.
Ada yang lebih utama.
Tak dapat curi sesaat dua.
Tidak mengapa.
Kita diam sahaja.
Sudah nampak kita kalah.
Jangan lawan sampai balah.
Nokhtah.
Lupa
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Setahun Kemudian Part II
Salam..
First sekali aku nk ucapkan Selamat Hari Raya
Semoga raye ni korang bergembira dgn family masing2..
Gembira2 jangan sampai melampau pulak,
Batas pergaulan tu kena jaga,
sepupu2, makcik pakcik, kawan2 semua kena jaga..
Ok sambungan untuk post yg terdahulu,
Kali ni aku nak bercerita tentang aku setahun kemudian
Sekarang aku lebih terbuka,
Sekarang aku lagi matang.
Hidup ni kena selalu move on,
Kalau time ko sedih tu, cari benda yg boleh hepikan korang,
Korang bertanggungjawab untuk hidup korang sendiri.
So why let this small things disturb your mind?
Let it go and live your life.
Haa kau aku dah speaking..hahaha
Berfikir la dengan matang,
Berlandaskan agama,
InsyaAllah kewarasan tu datang,
Walaupun korang tak la sewaras mane..kihkih
Setelah 24 tahun 4 bulan aku hidup,
Aku rase aku paling lega bila aku mampu move on
daripada semua prejudis + skeptikal dan sewaktu dengannya,
atau lebih senang nk sebut "Pemikiran Negatif".
What I want to say is,
Sentiasa positif dgn apa2 sekalipun,
Even dalam ko sedih,
Walau korang sakit hati,
Dan mungkin korang rase gagal dlm hidup,
Positif je..
Ade hikmah korang diuji mcm tu skali,
Ade bukti yg Allah masih ingat kat korang.
Just take it in a positive way..
Last but not least,
Tak kira la ape sekalipun jadi dalam hidup korang,
Stay think, act, and speak positively.
InsyaAllah korang akan bahagia.
Satu lagi,
memang Ramadhan dah lepas,
tapi amalan tu kena diteruskan,
nak harapkan tgu Ramadhan je,
korang pasti ke masih bernyawa Ramadhan tahun depan?
yg mane boleh khatam Al-Quran dalam sebulan,
teruskan jela..kalo mase puasa korg boleh buat kenape bulan lain tak boleh?
Yup aku jujur cakap aku tak sempat khatam (maybe sbb xbrape rajin),
tapi aku teruskan je sampai abis..
Renung2kan dan selamat beramal..
- Zulfadzli Jamaludin-
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Adakah aku seorang yang susah difahami?
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Setahun kemudian Part I
Setahun tanpa berita,
Diam seribu bahasa...
Salam untuk semua,
Setahun bertambah usia,
Menjadi musafir di tanah Malaysia.
Pelbagai dugaan ditempuhi,
Berbagai nikmat dimiliki
Terima Kasih pada Yang Maha Memberi..
Yup..setahun adalah tempoh yg agak lama,
Tapi aku bukan la blogger famous yang orang tunggu setiap entrinya,
Sekadar menulis mahu melepaskan tekanan bekerja.
Aku sekarang seorang pekerja dan pencinta (konpem la setia),
Banyak tugas dan tanggungjawab yg aku kena penuhi,
Mengerah tenaga tulang empat kerat,
Sampai kadang2 tinggal keringat tanpa kudrat.
Tugas seorang anak, seorang pekerja, seorang hamba,
dan pastinya seorang lelaki setia..haha
Kalau dulu aku ada diari untuk lepaskan segala caci maki,
Tapi sekarang Alhamdulillah semakin berani,
berani untuk berfikiran lebih terbuka
Tak perlu risau perkara remeh.
Walau bagaimana sekalipun,
manusia tetap manusia..
Apa yg kita fikir kita boleh tempuh dengan cool,
Sebenarnye itu yg mampu buat kita sugul.
Ye ini kisah benar..
Kisah aku dan diriku..
Orang kata aku ego dan selalu emo,
Orang kata aku tak pandai hargai dia,
Orang kata lagi aku tak percaya mereka,
Orang lagi kata aku punca..
Biarlah apa orang nak kata,
tapi aku still lagi manusia,
ciptaan sempurna Sang pencipta tapi dalam diri ini hina.
Nak buat macam mana
memang itu takdirnya.
to be continue di part yang kedua..
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum..
Ni 1st post gua sejak hari raya,
so selamat hari raya utk semua yg terbaca or tersinggah blog ni,
gua percaya xla ramai mane tp ok la dari takde..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin utk semua,
harap maafkan salah susunan tatabahasa dlm entri2 gua,
kalau ade yang terasa ngn post gua,
gua mintak maap..
Kadang2 kita xtau pon yg kita dah buat org kecik ati,
so gua harap kita amalkan saranan astro la.."Kosong-kosong"
Beraya tu beraya gak ye,
batas2 agama jangan korang langgar selambe je
aidilfitri ni perayaan agama
kalau korang sebat langgar perintah agama
habuk pon korang tak dapat
same2 la mengingatkan antara kita InsyaAllah..
gua pon bukan baik sangat tapi ade la usaha tu
walaupun selalu kena nganjing ngn mmber2
Raya kali ni mungkin x seberapa utk kebanyakan org
gua maksudkan gua sendiri la.
Gua g semayang raya taun ni sgt ala kadar,
berkopiah,baju melayu,kain pelekat..
sampai mak gua pon sound "kau ni nak beraya ke g semayang jumaat?"
naseb bek gua ade idea bernas lalu menjawab
"semayang jumaat ngn semayang raya same je, nak menghadap Allah..yg pnting niat tu btol ngn pakaian kemas"
mak gua pon mengalah lalu terus mengisi balang2 kosong dgn kuih raya.
Sebenarnya bagi gua tak bagus korang bezakan solat sunat, wajib, kat umah n kat masjid.
Korang solat la kat mana pon, sendiri or berjemaah mesti kena btol2.
Tak adil la korang solat kat rumah pakai kain pelekat ngan baju pagoda,
pastu pegi masjid pakai macam nak kawen lain (utk yg dah berkahwin),
korang bukan nak tunjuk pakaian kat orang,
konsep dia sekarang ni nak berpakaian kemas dan bersih untuk menghadap Allah.
jumpa awek boleh pulak berjam nak bersiap..hampeh tol..
Satu perkara lagi gua nak share masalah sosial
Gua tgk masa puasa tu ade la beberapa kanak2 sekolah menengah
duk berdating dekat taman permainan kanak2 dpn umah gua
gua nak bersenam ngn member pon tak senang rase
macam laki bini tuu..pluk sana sini,duk berpangku lagi..
gua perati je sambil duk bersenam tu sebab jauh
last2 ada satu kapel ni duk dkt2 ngn tmpat kitorang bersenam
gua dah start pandang serong je kat dyorg ni tapi gua tahan la
tup tup si laki ni kuar rokok duk hisap dpn mata gua
direct je gua sound "bro, kalau tak puasa simpan sendiri jela.."
mula2 macam xpuas ati gak muka kanak2 ni,bajet2 gangster je dpn makwe dy..
gua pon senyum je kat dy n sambung briadah (dlm ati gua risau gak dy pnggil geng bas skolah dy)
tak lame tu gua tngok dy blah smbil pandang gua serong gak..
esoknya gua pegi beriadah,
ramai plak kanak2 merokok kat taman tu macam saje je nk bakar line,
gua buat tak tau je sebab diorang ramai..
tibe2 ada apek veteran jiran gua keluar jalan2 dia nampak kanak2 merokok
dia tanye gua boleh merokok ke bulan puasa
gua pon cakap la kuat2 (suara gua mmg kuat sejak azali)
"Spatutnya xboleh tauke, tapi mereka ni masih kanak2..parents tak bagi puasa takut tak tahan nak buka"
Gua tengok ade la 2-3 org xpuas hati macam nak gaduh (gua dah takut sbenarnye)
Nasib baik ade 2 brader gym datang nk beriadah kat tmpat gua,
Gua dgn beraninya beramah mesra sambil mengharapkan kanak2 tadi batalkan niat nak ke tempat gua..
Nasib gua mmg baik la,kanak2 tu sume duk dari jauh je perati..
Akhirnya happy ending utk gua..haha
Gua nak advise kat parents2 la,
Korang tu contoh anak2,
Kalau korang tak tunjuk perlakuan baik,
tak ajar anak2 buat perkara yang baik,
jangan terkejut la kalau anak korang boleh conteng arang kat muke korang.
Gua sebagai remaja pertengahan usia, tau gak mmg susah nak didik anak.
(tgk mmber2 yg dh jadi remaja lanjut)
Kalau korang rase tak mampu nak ajar anak2,
bagi la cikgu2 'ajar cukup2' anak korang..
Tak payah nak dimanjakan sangat smpai tak boleh kena rotan,
gua dulu mmg banyak belajar ngn rotan daripada belajar subjek kat kelas,
tapi Alhamdulillah gua sedar gua bagi masalah kat parents gua..
bile korang bela anak korang, diorang akan jadi degil n show off gile2..
Korang bayangkan mmber gua citer mase jadi cikgu pelatih,
murid2 selambe lari keluar kelas masa tengah mengajar..
kalau generasi aku dulu bising sikit dalam kelas dah kena rotan
Nampak tak perbezaan kekerasan kepala budak sekarang??
Parents tolong la main peranan..
Gua xsanggup tengok generasi akan datang sekadar update dgn gajet
tapi tak diupdatekan pasal adab dan agama..
So, gua rase mcm dah banyak sangat bercerita..
Dah penat jari menaip,
gua nak susun sepuluh jari mohon ampun sekali lagi..
Selamat hari raya..
Wassalam
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Doakan Mereka
Salam..selamat berpuasa utk seluruh umat Islam...
Sekadar pesanan ringkas
Dari Insan yg khilaf
Dunia kita hari ini dikejutkan dgn pelbagai bencana,
Myanmar
Syria
Mesir
Palestin
Malaysia
dan negara2 lain yg kita tak tahu keadaan di sana
Macam2 dugaan diterima
Sebagai manusia yg diselubungi dosa
Ambil iktibar dan berusaha
Kembali ke jalan Allah yg maha Esa
Pesanan aku utk semua umat manusia
Tak kira muslim or non muslim
Doakan kesejahteraan seluruh umat dunia
Hentikan komen2 offensive
Jangan menyalahkan mana2 pihak
Tidak kurang juga hentikan mengambil kesempatan
Doakan yg terbaik utk mereka
Doakan seluruh dunia kembali aman
Dan kepada muslim,
Doakan kebangkitan Islam
Kebangkitan bukan utk membinasakan agama lain,
tapi bangkitnya Islam supaya semua org dapat merasa
kepimpinan utuh dan toleransi individu yg bergelar muslim
Pray for Gaza
Pray for Malaysia
Pray for the peace of World
Assalamualaikum
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Nostalgia seorang anak seni..PUIHH
Salam..
Tinggalkan semua perasaan yg dikawal oleh nafsu semata
Cari semula kekuatan diri dengan sesuatu yg membina
So, instead of showing the feeling with all of you
I found that I need to cheer myself up
So I could stand higher than anybody else
Cehh speaking plak tetiba....
Gua just nak share lagu2 legend utk gua,
yg gua selalu dgr sejak dari alam tadika lagi
sebenonye banyak lagu2 legend utk gua
tapi gua story pasal satu group ni jela
BLUE
yang lelaki2 ni jgn pkir bnda pelik plak..
Diorang ni group British
Gua suka dengar sebab diorang punya slang
Nice to hear...
Jangan kata gua gay pulak minat group laki
Ok pe daripada korang duk minat group KPOP yang takde hala tuju hidup
At least BLUE ni pandai cakap mat salleh..hehehe
Dari group KPOP korang yg duk jual "sayo-sayo"
Bulan pose ni ok la korang nak layan lagu2 BLUE ni
Takkan nak layan lagu Miley Cyrus yg mcm hype hisap weed tu
Perangai pun mcm mat saleh takde pegangan agama
Maksud aku agama diorang la
Mane ade agama yang benarkan penganut buat suke hati
Mesti semua nak penganut behave je
By the way
korang boleh layan lagu2 ni kat youtube
group ni sebenonye dah boleh taraf legend
and diorang pon ade buat album baru taun lepas
(ini pon gua tgk komen orang kat u-tube)..
Layan je la ye..
Selamat berpuasa semua
p/s : lagu feveret gua breath easy..
Salam...
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
SABAR ITU INDAH..
Biarlah aku melihat dari tepi
memerhati dari sudut sepi
asalkan engkau terus menikmati
rahmat dan bantuan dari Illahi
Aku tidak mahu menganggu
aku tidak sedia bermadu
sampai masa nanti kita akan bersatu
semoga mendapat redha dari yg Satu..
Cukup zaman gelap yg kita harung,
menjadi pengajaran berguna sebelum bertarung,
kita bicara lagak dewasa
hati masih selalu berkaca
tetapkan hala
perkuatkan jiwa
bila masa datang menyapa
jangan bilang tidak bersedia.
Sekarang kita pergi rasa
Macam mana hebat lakonan dunia
Siap sedia anggota dan senjata
Agar tidak tewas diratah jelata
Engkau mahu itu
Aku mahu ini
Mungkin masih belum jelas
Atau mungkin tidak sekata
Tak mengapa,
kita pergi sua seluruh dunia
sampai tak lagi mampu ketawa
Nah, itu masanya
semoga engkau bahagia dengan cita
aku akan terus mengalah kerna cinta
bukan setiap kalah mesti balah
bukan setiap cita mesti sengsara
kita cuba cara kita
harapan dan doa sentiasa ada
teguh berpegang janji setia
mendamba cinta ikatan selamanya
jadi tujuan setiap manusia.
Wassalam
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Pentas Dunia
Hari ini aku kembali
Menjadi pelesit,
Peduli nasib sendiri,
Engkau pernah merana,
Aku pernah sengsara,
Kini aku mendengar,
Sentiasa bertanya khabar,
Walau aku pendosa,
Walau aku pendusta,
Aku juga berhak,
Punyai impian mendongak.
Sekali lagi,
Perit rasa hati,
Engkau nampak gembira,
Mereka nampak mesra,
Bukan aku tak bahagia,
Tapi mana aku punya?
Mana tempat engkau sedia
Jelingan serta perasaan,
Senyuman ikhlas tanpa alasan,
Susun perkataan nampak kesan,
Mengapa mesti mereka??
Jika aku engkau malu,
Jika aku engkau segan,
Adakah aku bukan kawan?
Engkau ingat mereka setiap hari,
Engkau lupa hari sendiri,
Buat engkau mereka selesa,
Mereka beri rasa selamat,
Mereka lawan mereka kawan.
Sering engkau berkata soal rasa,
Tapi adakah pasti engkau merana?
Merana atas aku yang menyeksa?
Engkau semat mereka dalam ingatan,
Engkau simpan mereka dalam tatapan,
Seluruh dunia perasan,
Aku juga ada perasaan,
Kini aku hanya melihat apa yg mereka lihat,
Aku merasa ape yg mereka rasa,
Tapi aku bukan mereka,
Bukan perhatian yang aku mahukan,
Hanya sedikit belas ikhsan,
Yang mampu buat aku bezakan,
Diri aku dan diri mereka sekalian.
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
aku tidak pernah menyalahkan sesiapa,
hanya diri ini yg sering sahaja terlupa,
posisi dan tugas yg sepatutnya,
kerap kali seperti ingin menjadi penguasa,
yg seakan mahu merampas kerja mereka..
aku engkau
kita sahabat,
yg tinggi dgn hasrat,
mengungkap kata azimat,
yg mampu mengikat.
bukan salahmu,
tp mungkin salahku,
acap kali bertutur melulu,
tidak selami hatimu pilu
namun
walau ape yg berlaku,
selagi tubuh tidak kaku,
engkau yg aku mahu,
itu yg aku tahu,
noktah.
aku sayang engkau,
aku rindu engkau,
semuanya kerana Allah,
tidak perlu aku zahirkan,
kerna aku percaya pada yg Maha Esa,
aku yakin dengan Sang Pencipta,
kita insyaAllah bersama,
itu yg sedang aku usaha.
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
mungkin aku xmngerti
klausa kata seluas ini
namun cuba aku fahami
ombak tak menghempas
kereta tidak bergerak,
api tidak menyala..
adakah mungkin engkau lihat cahaya
sedang diri ini menyusuri liku liku lorong yg gelita?
adakah hidung terhidu busuknya jiwa ini?
tapi tak mengapa aku terima..
hanyir tubuh ini memang mudah dikesan,
di lorong gelap yg tidak berpenghujung,
sudah ada yg tewas,
berpatah balik di pertengahan,
hingga aku sudah terbiasa,
kadangkala aku merenung sejenak,
adakah aku punca?
adakah aku sebabnya?
entahlah..
aku manusia,
engkau juga manusia,
ada masanya aku sahaja,
adakala aku berduka,
mungkin masa tidak kena,
mungkin hati tidak bersedia
tapi aku akan bertahan..
bertahan utk selamanya
hingga kita bersama
menuju ke syurga
dan sekiranya
kalau bukan engkau,
pendirian tidak akan ku ubah
pasti langkah tidak ku buka,
rela menjadi bara,
sampai ke akhir,
sampai binasa,
sampai bertiup sangkakala,
biar tenaga utk yg Esa,
membalas jasa
mereka yg menjaga hingga dewasa.
Posted by Zulfadzli Ucop 2 comments
AKU MENGALAH
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Nukilan Sang Pencinta
Salam..
Acap kali kita berkasih sayang,
Acap kali mata kita bertentang,
Namun kita masih tetap sama,
Tidak seiring, senada apatah lagi seirama,
Ada sahaja masa untuk bahagia,
Namun tetap masih diselangi saat berduka,
Walau kerap bersama tangis dan tawa,
Adakah masih tidak nyata
Bahawa aku tetap mencinta,
Aku bukan insan istimewa,
Atau bukan pendengar setia,
Tapi salahkah untuk merasa,
Nikmat kejujuran insan bercinta,
Salahku mungkin tidak terkira,
Dosaku mungkin tidak bisa dijangka,
Harapan ku hanya engkau berubah,
Jujurlah dengan setiap tingkah,
Dan jika aku yang masih bersalah,
Bangkitkan dan sedarkan aku insyaAllah,
supaya aku mampu terus tabah,
mempersiap diri bertemu Allah.
sekian..Wassalam
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Ujian daripada Allah
Salam..
Life must go on,
Let bygones be bygones..
Ayat2 di atas ni antara ayat yg kite akan slalu dgr masa kite tgh down..
Come on people,let's change our lifestyle..
Kalo kite down, keep calm and pray to Allah..
Ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk,
sama ada dalam bentuk pujian, sanjungan, kejayaan..
ataupun sesuatu yg common iaitu kesusahan, kepayahan dan kesakitan..
Kadangkala kite tidak dapat menduga bile ujian itu akan dtg,
malah kebiasaannya kite tidak pernah bersedia dgn kehadiran tersebut..
Cuba anda bygkan,
Sedang kita menikmati kesenangan dan kenikmatan hidup dunia,
tibe2 dtg satu ujian Allah serta merta
sama ada dri segi pkataan atau pcakapan seorg rakan,
perbuatan dan kelakuan individu sekeliling,
mahupun berita2 yg diterima drpd ahli keluarga..
Apa yg kita mampu lakukan?
Nothing!!...
Semua itu sudah pon berlaku,
kita cume mampu menyesal, memarahi diri sndiri n meminta maaf..
wlaupun kite sedar hakikat bahawa
kita sudah terlambat..
Oleh itu,
saya dgn rendah diri menyeru kpd semua dan diri sy sndiri,
supaya kita same2 bersedia dgn ujian2 Allah yg akan dtg bile2 mase..
Jadikan ujian itu sebagai satu titik tolak utk kita berubah,
satu batu loncatan utk kita kembali kepada Islam yg sbenar..
InsyaAllah..
walaupun saya bukanlah org yg baik, namun saya cuba utk menjadi org yg lbeh baik..
diharap semua pembaca entri ini boleh menggunakan pmbacaan ini,
utk menjadi org yg lbeh baik di masa hadapan..
saya sentiasa berpegang dgn satu prinsip iaitu;
"Org jahil yg sntiasa berfikir dan berusaha utk berubah adalah lebih baik dari org alim yg gagal mnggunakan ilmu beliau utk mmbawa org lain ke arah kebaikan.."
Wassalam
-ABANG JAWA-
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Semuanya kerana Allah
Salam..
Sekadar bicara dari hati seorg insan,
yg imannya tidak sekukuh Sumaiyyah,
agamanya juga tidak sedalam para Sahabat,
tapi masih mahu mencari ilmu duniawi,
yg mampu membawa kebahagiaan ukhrawi,
walaupun perjalanan itu banyak halangan,
pelbagai onak dan dugaan yg dirempuh,
dgn penuh tawadduk dan berserah kpd-Nya..
Aku syg engkau kerana agamamu,
kerana cintamu terhadap Islam,
kerana kasihmu terhadap agama Akhirat ini..
Malangnya,
jika cinta itu semakin berkurang,
kasih itu semakin pudar,
tiada ragu untukku,
membuang sedikit rasa syg padamu,
namun tetap rasa itu ada dalam hatiku,
dan mungkin hanya akan hadir semula,
setelah engkau aku nikahi,
kerana aku sygkan engkau HANYA KERANA ALLAH..
hasil nukilan:
-Abang Jawa-
*post ini tribute utk karya seorg sahabat yg hanya mahu dikenali Abang Jawa..:)
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
NOTICE BOARD
Salam..
Sekadar peringatan utk semua umat manusia lbih2 lagi yg beragama Islam, jagalah adab2 dalam melakukan sesuatu perkara seperti seorang muslimin mahupun muslimat..ingat bahawa niat tidak menghalalkan cara... Sebagai seorang lelaki, anda bertanggungjawab ke atas ape yg anda lakukan manakala sbg seorang perempuan, jagalah perilaku anda kerana apa2 kesalahan yang anda lakukan akan ditanggung oleh suami atau bapa bagi yg belum berkahwin..
Ingatlah bahawa sebagai seorang yg bergelar muslim,adalah menjadi tanggungjawab sy utk menegur rakan2 sekalian dan sy juga berbesar hati sekiranya anda semua boleh menegur sebarang kesalahan yg telah sy lakukan..sy tegur anda kerana sy mahu kita sama2 memenuhi syurga, bukan terjerumus ke neraka bersama2..insyaAllah sama2 kita menuju ke arah kebenaran..
Jadi, sempena bulan Ramadhan yg hampir tiba, marilah sama2 kita muhasabah diri supaya menjadi umat Islam yg lebih baik di masa akan datang, insyaAllah..
p/s: teguran bukan bermakna kita mahu org itu berubah mengikut apa yg kita inginkan, tetapi teguran itu adalah kerana kita sygkan mereka dan mahu mereka menjadi lebih baik dari diri kita sendiri..
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
PENTING @ TIDAK???
Salam...
1st sekali salam sejahtera buat semua viewers...
Actually aq x expect bole smpai 1000++ org yg tgk blog ni..
Yela kan,blog xde pape..cume coretan nasihat dan ungkapan org
yg aq share kembali utk member2 yg meminta...
Tapi bersyukur dan thanks utk semua,
sama ade korg sngaja or x sengaja tmasuk blog aq ni..haha
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin....
Sekiranya ade yg terasa dgn penulisan aq yg xsberapa ni,
aq mnyusun 10 jari memohon ampun & maaf,
sesungguhnya manusia itu tidak pernah lari dari kesilapan..
Sudilah ape kiranya anda menegur kesilapan diri ini,
moga2 dpt same2 berubah ke arah kebaikan...
Kembali kepada tajuk entry kali ni...
PENTING ATAU TIDAK??
Ape yg aq ingin ketengahkan dalam entry kali ni adalah,
kepentingan sesuatu benda,perkara atau seseorang...
Haaaa...mungkinkah lebih kepada seseorang??
huhu..jgn serkap jarang,kite kupas satu persatu...
Pertama mengenai benda....
Apakah benda2 yg kite boleh anggap penting?
Semestinya makanan,minuman,pakaian dan tempat tinggal,
atau dikenali sbg kperluan asas..
Namun zaman skrang ini bukan itu sahaja keperluan asas kpd manusia..
Handphone,Laptop,Alat solek(wanita sahaja ok!),dan lain2 lgi
sudah dianggap sbg kemudahan asas dan bukan lgi kemudahan...
Maka berjimatlah anda dalam membelanjakan wang yg anda perolehi
sama ade wang gaji bulanan, pinjaman pelajaran (PTPTN,MARA)
ataupon hasil side income anda...
Harga rumah dan tanah semakin mlmbung tinggi,
kenderaan juga tidak ketinggalan,
maka usahakanlah dan susunlah strategi anda sendiri,
untuk menjadikan masa hadapan anda lebih mudah...
insyaAllah...
Mengenai seseorang yg pnting kpd anda...
Bohong kalau anda tidak anggap makwe anda penting,
dan ade yg lebih truk dri itu,
menganggap makwe atau kekasih lbih pnting dari keluarga sendiri..
Dalam ape2 hal sekalipun,anda perlu meletakkan keluarga di atas,
tetapi masih dibawah tuntutan agama Islam...
Letaklah sesiapa pon sbg org yg pnting utk anda,
anda pasti mahu menjaga mereka sbgimana anda mnjaga diri sndri kn?
Kalo boleh anda tidak mahu berenggang@berpisah dgn mereka,
walaupon hanya utk beberapa hari...
(kalo bbrpa mnit or jam xnk pisah tu dh teruk sgt)
Ape yg anda akan buat?
Berdasarkan pengalaman sy melihat rakan2 sekuliah dan serumah,
kebanyakan drpd anda akan mnggunakan SMS utk sntiasa bhubungan,
tidak kurg yg menelefon setiap hari,minggu mahupun bulan...
Ape yg sy lihat juga,mereka akan sntiasa mncari pluang utk
berhubung wlaupun semasa dikelas,ceramah,atau di masjid...
Sy faham anda syg akan org yg pnting kpd anda,
tp ape salahnye jika anda mmbritahu mereka bahawa anda sdg mlakukan sesuatu perkara yg pnting utk masa dpn,
cntohnye mahu solat atau mmbaca yasin...
Jika anda berbuat demikian sudah tentu mereka akan faham situasi yg sdg anda hadapi malah mungkin akan mmberi smgt yg lbih utk anda solat lbih khusyuk(cntohnye)....
So, kesimpulan dri entry ni adalah,
sepenting mane pon sesuatu benda,perkara mahupun seseorang kpd anda,
anda harus menjaga kepentingan itu dgn adil,
Jgn membelakangi agama demi kepentingan duniawi,
Jgn pula mmbiarkan kepentingan berlalu begitu sahaja,
kerana anda bakal menyesal di kemudian hari...
Saudara! Dahulukan kepentingan akhirat atas kepentingan dunia. Nescaya kau akan mendapat keuntungan dari kedua-duanya. Bila kau mendahulukan kepentingan dunia atas kepentingan akhirat, maka kau akan rugi. Rugi dunia, dan rugi akhirat. Ini, merupakan seksaan bagimu. Mengapa kau sibuk dengan sesuatu yang tidak diperintahkan? Jika kau tidak sibuk dengan urusan dunia, nescaya Allah s.w.t. akan melimpahkan Ma’unah (pertolongan) kepadamu. Juga akan memberikan Taufiq, dan kesempatan mengambil sebahagian kecil daripadanya. Nescaya akan menjadi berkat.
sumber: http://joe786.wordpress.com/
Wassalam
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Kepercayaan
salam...
Melihat kepada tajuk,
banyak kesimpulan awal yg mungkin boleh kita jangkakan,
kepercayaan dalam beragama?
kepercayaan dalam bercinta?
kepercayaan dalam bekerja?
dan macam2 lagi jenis kepercayaan dalam dunia yg serba moden hari ini..
Kepercayaan bukan sesuatu yg mudah,
utk kita terima atau beri,
malah banyak perselisihan dan pertelingkahan,
bermula dgn KEPERCAYAAN...
Pernahkah kita mempercayai org lain sepenuhnya?
atau org lain percaya kpd kita spenuhnya?
jawapan yg mungkin pasti adalah tidak,
serapat dan sebaik mane pon individu dgn kita,
kita tetap tidak akan dipercayai spenuhnya,
malah kita juga mungkin beranggapan sedemikian...
Percaya dgn janji2 manusia,
sesuatu yg kita biasa lakukan,
mungkinkah semua janji itu dapat ditunaikan?
mampukah manusia ini berpegang dgn janji yg mereka telah buat?
semua itu terletak atas diri masing2,
sekiranya mereka tidak mahu dikelaskan sebagai munafik,
maka tunaikanlah janji yg telah mereka buat..
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Berbalik kepada kepercayaan,
pernahkah anda percaya dgn seseorang,
tetapi kepercayaan anda dicabuli oleh kejujuran?
maksud saya di sini adalah
anda percaya dgn orang lain,
tetapi mereka meragut kepercayaan anda itu,
membuatkan anda hilang kepercayaan...
Mungkin sebilangan besar dari anda pernah mengalaminya,
malah mungkin ade yg melakukannya sendiri..
Jalan paling mudah utk menghindarinya adalah dengan
memberi kepercayaan kepada orang lain,
buktikan bahawa anda boleh dipercayai,
lakukan sesuatu dgn ikhlas kerana Allah,
insyaAllah jika kita percaya dgn ketentuan Illahi,
maka Dia akan permudahkan urusan kita kelak..
Walaupun org melakukan sesuatu yg tidak baik terhadap kita,
bersabarlah,
hadapi segala dugaan dgn redha,
dan balaslah mereka dgn kebaikan..
Sesungguhnya jika kita membalas dgn kejahatan,
tidak ada apa2 pon yang kita peroleh,
selain daripada kerugian...
Percayalah rakan2 sekalian,
Kepercayaan yg pasti dan utuh,
hanya kepada:
Allah,
Rasul,
Malaikat,
Kitab,
Hari Akhirat,
serta Qada' dan Qadar....
InsyaAllah sekiranya kita percaya dgn perkara2 di atas,
maka tenang dan bahagialah hidup kita di dunia,
dan mungkin membawa ke akhirat...Amin...
Wassalam
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments


