Hari ini aku kembali
Menjadi pelesit,
Peduli nasib sendiri,
Engkau pernah merana,
Aku pernah sengsara,
Kini aku mendengar,
Sentiasa bertanya khabar,
Walau aku pendosa,
Walau aku pendusta,
Aku juga berhak,
Punyai impian mendongak.
Sekali lagi,
Perit rasa hati,
Engkau nampak gembira,
Mereka nampak mesra,
Bukan aku tak bahagia,
Tapi mana aku punya?
Mana tempat engkau sedia
Jelingan serta perasaan,
Senyuman ikhlas tanpa alasan,
Susun perkataan nampak kesan,
Mengapa mesti mereka??
Jika aku engkau malu,
Jika aku engkau segan,
Adakah aku bukan kawan?
Engkau ingat mereka setiap hari,
Engkau lupa hari sendiri,
Buat engkau mereka selesa,
Mereka beri rasa selamat,
Mereka lawan mereka kawan.
Sering engkau berkata soal rasa,
Tapi adakah pasti engkau merana?
Merana atas aku yang menyeksa?
Engkau semat mereka dalam ingatan,
Engkau simpan mereka dalam tatapan,
Seluruh dunia perasan,
Aku juga ada perasaan,
Kini aku hanya melihat apa yg mereka lihat,
Aku merasa ape yg mereka rasa,
Tapi aku bukan mereka,
Bukan perhatian yang aku mahukan,
Hanya sedikit belas ikhsan,
Yang mampu buat aku bezakan,
Diri aku dan diri mereka sekalian.
Pentas Dunia
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
aku tidak pernah menyalahkan sesiapa,
hanya diri ini yg sering sahaja terlupa,
posisi dan tugas yg sepatutnya,
kerap kali seperti ingin menjadi penguasa,
yg seakan mahu merampas kerja mereka..
aku engkau
kita sahabat,
yg tinggi dgn hasrat,
mengungkap kata azimat,
yg mampu mengikat.
bukan salahmu,
tp mungkin salahku,
acap kali bertutur melulu,
tidak selami hatimu pilu
namun
walau ape yg berlaku,
selagi tubuh tidak kaku,
engkau yg aku mahu,
itu yg aku tahu,
noktah.
aku sayang engkau,
aku rindu engkau,
semuanya kerana Allah,
tidak perlu aku zahirkan,
kerna aku percaya pada yg Maha Esa,
aku yakin dengan Sang Pencipta,
kita insyaAllah bersama,
itu yg sedang aku usaha.
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
mungkin aku xmngerti
klausa kata seluas ini
namun cuba aku fahami
ombak tak menghempas
kereta tidak bergerak,
api tidak menyala..
adakah mungkin engkau lihat cahaya
sedang diri ini menyusuri liku liku lorong yg gelita?
adakah hidung terhidu busuknya jiwa ini?
tapi tak mengapa aku terima..
hanyir tubuh ini memang mudah dikesan,
di lorong gelap yg tidak berpenghujung,
sudah ada yg tewas,
berpatah balik di pertengahan,
hingga aku sudah terbiasa,
kadangkala aku merenung sejenak,
adakah aku punca?
adakah aku sebabnya?
entahlah..
aku manusia,
engkau juga manusia,
ada masanya aku sahaja,
adakala aku berduka,
mungkin masa tidak kena,
mungkin hati tidak bersedia
tapi aku akan bertahan..
bertahan utk selamanya
hingga kita bersama
menuju ke syurga
dan sekiranya
kalau bukan engkau,
pendirian tidak akan ku ubah
pasti langkah tidak ku buka,
rela menjadi bara,
sampai ke akhir,
sampai binasa,
sampai bertiup sangkakala,
biar tenaga utk yg Esa,
membalas jasa
mereka yg menjaga hingga dewasa.
Posted by Zulfadzli Ucop 2 comments
AKU MENGALAH
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments


