Salam..selamat berpuasa utk seluruh umat Islam...
Sekadar pesanan ringkas
Dari Insan yg khilaf
Dunia kita hari ini dikejutkan dgn pelbagai bencana,
Myanmar
Syria
Mesir
Palestin
Malaysia
dan negara2 lain yg kita tak tahu keadaan di sana
Macam2 dugaan diterima
Sebagai manusia yg diselubungi dosa
Ambil iktibar dan berusaha
Kembali ke jalan Allah yg maha Esa
Pesanan aku utk semua umat manusia
Tak kira muslim or non muslim
Doakan kesejahteraan seluruh umat dunia
Hentikan komen2 offensive
Jangan menyalahkan mana2 pihak
Tidak kurang juga hentikan mengambil kesempatan
Doakan yg terbaik utk mereka
Doakan seluruh dunia kembali aman
Dan kepada muslim,
Doakan kebangkitan Islam
Kebangkitan bukan utk membinasakan agama lain,
tapi bangkitnya Islam supaya semua org dapat merasa
kepimpinan utuh dan toleransi individu yg bergelar muslim
Pray for Gaza
Pray for Malaysia
Pray for the peace of World
Assalamualaikum
Doakan Mereka
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Nostalgia seorang anak seni..PUIHH
Salam..
Tinggalkan semua perasaan yg dikawal oleh nafsu semata
Cari semula kekuatan diri dengan sesuatu yg membina
So, instead of showing the feeling with all of you
I found that I need to cheer myself up
So I could stand higher than anybody else
Cehh speaking plak tetiba....
Gua just nak share lagu2 legend utk gua,
yg gua selalu dgr sejak dari alam tadika lagi
sebenonye banyak lagu2 legend utk gua
tapi gua story pasal satu group ni jela
BLUE
yang lelaki2 ni jgn pkir bnda pelik plak..
Diorang ni group British
Gua suka dengar sebab diorang punya slang
Nice to hear...
Jangan kata gua gay pulak minat group laki
Ok pe daripada korang duk minat group KPOP yang takde hala tuju hidup
At least BLUE ni pandai cakap mat salleh..hehehe
Dari group KPOP korang yg duk jual "sayo-sayo"
Bulan pose ni ok la korang nak layan lagu2 BLUE ni
Takkan nak layan lagu Miley Cyrus yg mcm hype hisap weed tu
Perangai pun mcm mat saleh takde pegangan agama
Maksud aku agama diorang la
Mane ade agama yang benarkan penganut buat suke hati
Mesti semua nak penganut behave je
By the way
korang boleh layan lagu2 ni kat youtube
group ni sebenonye dah boleh taraf legend
and diorang pon ade buat album baru taun lepas
(ini pon gua tgk komen orang kat u-tube)..
Layan je la ye..
Selamat berpuasa semua
p/s : lagu feveret gua breath easy..
Salam...
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
SABAR ITU INDAH..
Biarlah aku melihat dari tepi
memerhati dari sudut sepi
asalkan engkau terus menikmati
rahmat dan bantuan dari Illahi
Aku tidak mahu menganggu
aku tidak sedia bermadu
sampai masa nanti kita akan bersatu
semoga mendapat redha dari yg Satu..
Cukup zaman gelap yg kita harung,
menjadi pengajaran berguna sebelum bertarung,
kita bicara lagak dewasa
hati masih selalu berkaca
tetapkan hala
perkuatkan jiwa
bila masa datang menyapa
jangan bilang tidak bersedia.
Sekarang kita pergi rasa
Macam mana hebat lakonan dunia
Siap sedia anggota dan senjata
Agar tidak tewas diratah jelata
Engkau mahu itu
Aku mahu ini
Mungkin masih belum jelas
Atau mungkin tidak sekata
Tak mengapa,
kita pergi sua seluruh dunia
sampai tak lagi mampu ketawa
Nah, itu masanya
semoga engkau bahagia dengan cita
aku akan terus mengalah kerna cinta
bukan setiap kalah mesti balah
bukan setiap cita mesti sengsara
kita cuba cara kita
harapan dan doa sentiasa ada
teguh berpegang janji setia
mendamba cinta ikatan selamanya
jadi tujuan setiap manusia.
Wassalam
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
Pentas Dunia
Hari ini aku kembali
Menjadi pelesit,
Peduli nasib sendiri,
Engkau pernah merana,
Aku pernah sengsara,
Kini aku mendengar,
Sentiasa bertanya khabar,
Walau aku pendosa,
Walau aku pendusta,
Aku juga berhak,
Punyai impian mendongak.
Sekali lagi,
Perit rasa hati,
Engkau nampak gembira,
Mereka nampak mesra,
Bukan aku tak bahagia,
Tapi mana aku punya?
Mana tempat engkau sedia
Jelingan serta perasaan,
Senyuman ikhlas tanpa alasan,
Susun perkataan nampak kesan,
Mengapa mesti mereka??
Jika aku engkau malu,
Jika aku engkau segan,
Adakah aku bukan kawan?
Engkau ingat mereka setiap hari,
Engkau lupa hari sendiri,
Buat engkau mereka selesa,
Mereka beri rasa selamat,
Mereka lawan mereka kawan.
Sering engkau berkata soal rasa,
Tapi adakah pasti engkau merana?
Merana atas aku yang menyeksa?
Engkau semat mereka dalam ingatan,
Engkau simpan mereka dalam tatapan,
Seluruh dunia perasan,
Aku juga ada perasaan,
Kini aku hanya melihat apa yg mereka lihat,
Aku merasa ape yg mereka rasa,
Tapi aku bukan mereka,
Bukan perhatian yang aku mahukan,
Hanya sedikit belas ikhsan,
Yang mampu buat aku bezakan,
Diri aku dan diri mereka sekalian.
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments
aku tidak pernah menyalahkan sesiapa,
hanya diri ini yg sering sahaja terlupa,
posisi dan tugas yg sepatutnya,
kerap kali seperti ingin menjadi penguasa,
yg seakan mahu merampas kerja mereka..
aku engkau
kita sahabat,
yg tinggi dgn hasrat,
mengungkap kata azimat,
yg mampu mengikat.
bukan salahmu,
tp mungkin salahku,
acap kali bertutur melulu,
tidak selami hatimu pilu
namun
walau ape yg berlaku,
selagi tubuh tidak kaku,
engkau yg aku mahu,
itu yg aku tahu,
noktah.
aku sayang engkau,
aku rindu engkau,
semuanya kerana Allah,
tidak perlu aku zahirkan,
kerna aku percaya pada yg Maha Esa,
aku yakin dengan Sang Pencipta,
kita insyaAllah bersama,
itu yg sedang aku usaha.
Posted by Zulfadzli Ucop 0 comments