Aq seorang perantau moden yg merantau ke tempat org demi mencari ilmu yang bakal digunakan utk menyuap nasi berlaukkan ikan pari asam pedas dan sayur kangkung belacan ke dalam mulut anak2 dan isteriku nnt.Segala rintangan dan halangan berpagar sanggup aq redahi semata-mata kerana ingin mendapatkan suatu kehidupan yg mewah dan sukses dunia dan akhirat insyaAllah..........
Tip sahur dan berbuka
Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat perlulah cukup bagi membekalkan tenaga hingga waktu berbuka puasa.
Makanan daripada kumpulan ikan, daging dan telur pula perlu diambil secara sederhana.
Sayuran juga perlu diambil untuk memastikan tubuh mendapat vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan.
Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
Untuk sahur dan berbuka, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu seperti mentega dan santan kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah.
Kurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng dan menumis. Makanan yang tinggi kandungan garamnya juga harus dikurangkan untuk mengelak penyakit serta mudah rasa dahaga ketika berpuasa.
0 comments:
Post a Comment