BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ramadhan

Salam...


Ramadhan yg hadir,
membawa seribu satu perasaan,
bersama rasa insaf dalam diri,
inginku mencari segala rahsia yang ada dalam bulan ini,
namun,
mampukah aku?
mendapatkan keberkatan dari Nya?
insyaAllah.....
akan ku usahakan dgn gigih,
akan ku tekadkan niat & azam,
utk terus mencari keredhaanMu ya Allah...


Dalam sibuk mencari bekalan akhirat,
dunia juga perlu di ambil peduli,
jgnlah dek kerana inginkan rahmat dari-Nya,
orang lain kita abaikan.
Bawalah orang di sekeliling kita bersama,
menuju kehidupan abadi,
alam yg kekal,
alam yg membawa sejuta kecerian,
kepada seluruh kehidupan...


Bukanlah niat utk menunjuk,
bukan juga mahu bermegah,
biarpun diri tidak sempurna,
semoga apa yg disampaikan ini
dapat membantu serba sedikit,
utk sama2 kita mempersiapkan diri,
menuju ke alam akhirat..
insyaAllah...


Wassalam...



Nilai sebuah Persahabatan

Salam sejahtera...


Bukan ade org pon baca blog ni, huhu..xpe,sejahtera kepada diri sndiri...
bersyukurlah ke hadrat Allah kita semua dikurnia nikmat2 yg begitu besar
dan membenarkan kita utk terus berada di muka bumiNya ini...


Sahabat...
persahabatan itu indah namun disebaliknya perlukan pengorbanan,
bukan semua persahabatan itu manis,namun tidak juga semuanya pahit,
bak kata pujangga,


Jujur aq katakan,
aq bukanlah seorg sahabat yg disenangi oleh sahabat yg lain,
mungkin kerana aq tidak sependapat dgn mereka,
atau juga atas sbb aq tidak mmpunyai rupa dan harta,
tidak dinafikan mungkin juga sebab sifat kekurangan lain yg ada dalam diri aq...


Namun aq tetap mencuba utk menjadi sahabat yg berguna,
cuba membantu menyelesaikan masalah mereka,
menjadi pendengar ketika mereka kesusahan,
serta cuba saling menasihati antara satu sama lain
untuk memastikan kami tidak leka dgn dugaan dunia ini...
InsyaAllah...


Kadangkala kita mahu sahabat itu sentiasa ada bersama kita,
namun adakah kita pernah bertanya kepada diri sendiri,
sama ada kita ada bersama mereka ketika mereka susah n senang??
adakah kita lakukan tggungjawab kita sebagai seorg sahabat yg baik??
sama2 lah kita muhasabah diri ini,
jangan hanya tahu meminta tapi tidah mahu memberi...
semoga sesiapa juga yg membaca post ini dapat sama2 mengubah diri ke arah yg lebih baik...
bersahabatlah kerana org yg lemah itu adalah org yg tidak mempunyai sahabat,
dan org yg tidak menghargai sahabat adalah lebih lemah daripada itu...






Wassalam...

Maafkan Aku

Salam..

Kadangkala berdiam diri itu adalah lebih baik...
Namun jika berdiam diri itu bakal mengakibatkan kesusahan,
beranikanlah diri mu utk berkata-kata walaupun sedikit..
Sesungguhnya berkata benar mmg sukar...
Namun, jgn dihirau kata-kata org,selagi engkau pcaya dgn diri sendiri..
Percaya dengan apa yg engkau lakukan itu...
Kerna itu adalah sifatmu,
teguhkanlah pendirian dan imanmu..


Tanggungjawab harus dilaksanakan,
biarpun diherdik, dicaci mahupun dibenci,
hadapilah dengan berani..
Jangan dibiarkan amanah,
jika tidak mahu tergolong dalam kalangan org munafik
yg sentiasa mengabaikan amanah yg telah diberi,
yg memungkiri setiap janji...

Biarlah air mata yg mengiringi malam ku,
biarlah kesepian menemani hari ku,
namun aq tetap mahu memastikan engkau menuju ke syurga..
Kerana engkau sahabat sejati ku....







Wassalam...


Tip sahur dan berbuka

  • Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat perlulah cukup bagi membekalkan tenaga hingga waktu berbuka puasa.
  • Makanan daripada kumpulan ikan, daging dan telur pula perlu diambil secara sederhana.
  • Sayuran juga perlu diambil untuk memastikan tubuh mendapat vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan.
  • Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
  • Untuk sahur dan berbuka, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu seperti mentega dan santan kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah.
  • Kurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng dan menumis. Makanan yang tinggi kandungan garamnya juga harus dikurangkan untuk mengelak penyakit serta mudah rasa dahaga ketika berpuasa.
  • Elak pengambilan minuman manis dan berkafein.
  • Ramadhan Bulan Mulia.....

    Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

    1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

    2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

    4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

    5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

    PENERANGAN HADIS

    1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

    2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

    3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

    4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

    5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

    6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

    7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

    8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

    9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

    10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

    11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

     
    Bruno Mars - Talking To The Moon