BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Kepercayaan

salam...

Melihat kepada tajuk,
banyak kesimpulan awal yg mungkin boleh kita jangkakan,
kepercayaan dalam beragama?
kepercayaan dalam bercinta?
kepercayaan dalam bekerja?
dan macam2 lagi jenis kepercayaan dalam dunia yg serba moden hari ini..

Kepercayaan bukan sesuatu yg mudah,
utk kita terima atau beri,
malah banyak perselisihan dan pertelingkahan,
bermula dgn KEPERCAYAAN...

Pernahkah kita mempercayai org lain sepenuhnya?
atau org lain percaya kpd kita spenuhnya?
jawapan yg mungkin pasti adalah tidak,
serapat dan sebaik mane pon individu dgn kita,
kita tetap tidak akan dipercayai spenuhnya,
malah kita juga mungkin beranggapan sedemikian...

Percaya dgn janji2 manusia,
sesuatu yg kita biasa lakukan,
mungkinkah semua janji itu dapat ditunaikan?
mampukah manusia ini berpegang dgn janji yg mereka telah buat?
semua itu terletak atas diri masing2,
sekiranya mereka tidak mahu dikelaskan sebagai munafik,
maka tunaikanlah janji yg telah mereka buat..


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
 
Riwayat Ahmad


Berbalik kepada kepercayaan,
pernahkah anda percaya dgn seseorang,
tetapi kepercayaan anda dicabuli oleh kejujuran?
maksud saya di sini adalah
anda percaya dgn orang lain,
tetapi mereka meragut kepercayaan anda itu,
membuatkan anda hilang kepercayaan...

Mungkin sebilangan besar dari anda pernah mengalaminya,
malah mungkin ade yg melakukannya sendiri..
Jalan paling mudah utk menghindarinya adalah dengan
memberi kepercayaan kepada orang lain,
buktikan bahawa anda boleh dipercayai,
lakukan sesuatu dgn ikhlas kerana Allah,
insyaAllah jika kita percaya dgn ketentuan Illahi,
maka Dia akan permudahkan urusan kita kelak..

Walaupun org melakukan sesuatu yg tidak baik terhadap kita,
bersabarlah,
hadapi segala dugaan dgn redha,
dan balaslah mereka dgn kebaikan..
Sesungguhnya jika kita membalas dgn kejahatan,
tidak ada apa2 pon yang kita peroleh,
selain daripada kerugian...

Percayalah rakan2 sekalian,
Kepercayaan yg pasti dan utuh,
hanya kepada:
Allah,
Rasul,
Malaikat,
Kitab,
Hari Akhirat,
serta Qada' dan Qadar....
InsyaAllah sekiranya kita percaya dgn perkara2 di atas,
maka tenang dan bahagialah hidup kita di dunia,
dan mungkin membawa ke akhirat...Amin...

Wassalam

Ramadhan

Salam...


Ramadhan yg hadir,
membawa seribu satu perasaan,
bersama rasa insaf dalam diri,
inginku mencari segala rahsia yang ada dalam bulan ini,
namun,
mampukah aku?
mendapatkan keberkatan dari Nya?
insyaAllah.....
akan ku usahakan dgn gigih,
akan ku tekadkan niat & azam,
utk terus mencari keredhaanMu ya Allah...


Dalam sibuk mencari bekalan akhirat,
dunia juga perlu di ambil peduli,
jgnlah dek kerana inginkan rahmat dari-Nya,
orang lain kita abaikan.
Bawalah orang di sekeliling kita bersama,
menuju kehidupan abadi,
alam yg kekal,
alam yg membawa sejuta kecerian,
kepada seluruh kehidupan...


Bukanlah niat utk menunjuk,
bukan juga mahu bermegah,
biarpun diri tidak sempurna,
semoga apa yg disampaikan ini
dapat membantu serba sedikit,
utk sama2 kita mempersiapkan diri,
menuju ke alam akhirat..
insyaAllah...


Wassalam...



 
Bruno Mars - Talking To The Moon