BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Nukilan Sang Pencinta

Salam..

Acap kali kita berkasih sayang,
Acap kali mata kita bertentang,
Namun kita masih tetap sama,
Tidak seiring, senada apatah lagi seirama,

Ada sahaja masa untuk bahagia,
Namun tetap masih diselangi saat berduka,
Walau kerap bersama tangis dan tawa,
Adakah masih tidak nyata
Bahawa aku tetap mencinta,

Aku bukan insan istimewa,
Atau bukan pendengar setia,
Tapi salahkah untuk merasa,
Nikmat kejujuran insan bercinta,

Salahku mungkin tidak terkira,
Dosaku mungkin tidak bisa dijangka,
Harapan ku hanya engkau berubah,
Jujurlah dengan setiap tingkah,
Dan jika aku yang masih bersalah,
Bangkitkan dan sedarkan aku insyaAllah,
supaya aku mampu terus tabah,
mempersiap diri bertemu Allah.

sekian..Wassalam

Ujian daripada Allah

Salam..

Life must go on,
Let bygones be bygones..

Ayat2 di atas ni antara ayat yg kite akan slalu dgr masa kite tgh down..
Come on people,let's change our lifestyle..
Kalo kite down, keep calm and pray to Allah..

Ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk,
sama ada dalam bentuk pujian, sanjungan, kejayaan..
ataupun sesuatu yg common iaitu kesusahan, kepayahan dan kesakitan..
Kadangkala kite tidak dapat menduga bile ujian itu akan dtg,
malah kebiasaannya kite tidak pernah bersedia dgn kehadiran tersebut..

Cuba anda bygkan,
Sedang kita menikmati kesenangan dan kenikmatan hidup dunia,
tibe2 dtg satu ujian Allah serta merta
sama ada dri segi pkataan atau pcakapan seorg rakan,
perbuatan dan kelakuan individu sekeliling,
mahupun berita2 yg diterima drpd ahli keluarga..
Apa yg kita mampu lakukan?
Nothing!!...

Semua itu sudah pon berlaku,
kita cume mampu menyesal, memarahi diri sndiri n meminta maaf..
wlaupun kite sedar hakikat bahawa
kita sudah terlambat..

Oleh itu,
saya dgn rendah diri menyeru kpd semua dan diri sy sndiri,
supaya kita same2 bersedia dgn ujian2 Allah yg akan dtg bile2 mase..
Jadikan ujian itu sebagai satu titik tolak utk kita berubah,
satu batu loncatan utk kita kembali kepada Islam yg sbenar..
InsyaAllah..

walaupun saya bukanlah org yg baik, namun saya cuba utk menjadi org yg lbeh baik..
diharap semua pembaca entri ini boleh menggunakan pmbacaan ini,
utk menjadi org yg lbeh baik di masa hadapan..
saya sentiasa berpegang dgn satu prinsip iaitu;
"Org jahil yg sntiasa berfikir dan berusaha utk berubah adalah lebih baik dari org alim yg gagal mnggunakan ilmu beliau utk mmbawa org lain ke arah kebaikan.."

Wassalam

-ABANG JAWA-

 
Bruno Mars - Talking To The Moon