BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

PENTING @ TIDAK???

Salam...

1st sekali salam sejahtera buat semua viewers...
Actually aq x expect bole smpai 1000++ org yg tgk blog ni..
Yela kan,blog xde pape..cume coretan nasihat dan ungkapan org 
yg aq share kembali utk member2 yg meminta...
Tapi bersyukur dan thanks utk semua,
sama ade korg sngaja or x sengaja tmasuk blog aq ni..haha

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin....
Sekiranya ade yg terasa dgn penulisan aq yg xsberapa ni,
aq mnyusun 10 jari memohon ampun & maaf,
sesungguhnya manusia itu tidak pernah lari dari kesilapan..
Sudilah ape kiranya anda menegur kesilapan diri ini,
moga2 dpt same2 berubah ke arah kebaikan...

Kembali kepada tajuk entry kali ni...
PENTING ATAU TIDAK??

Ape yg aq ingin ketengahkan dalam entry kali ni adalah,
kepentingan sesuatu benda,perkara atau seseorang...
Haaaa...mungkinkah lebih kepada seseorang??
huhu..jgn serkap jarang,kite kupas satu persatu...

Pertama mengenai benda....
Apakah benda2 yg kite boleh anggap penting?
Semestinya makanan,minuman,pakaian dan tempat tinggal,
atau dikenali sbg kperluan asas..
Namun zaman skrang ini bukan itu sahaja keperluan asas kpd manusia..
Handphone,Laptop,Alat solek(wanita sahaja ok!),dan lain2 lgi
sudah dianggap sbg kemudahan asas dan bukan lgi kemudahan...
Maka berjimatlah anda dalam membelanjakan wang yg anda perolehi
sama ade wang gaji bulanan, pinjaman pelajaran (PTPTN,MARA)
ataupon hasil side income anda...
Harga rumah dan tanah semakin mlmbung tinggi,
kenderaan juga tidak ketinggalan,
maka usahakanlah dan susunlah strategi anda sendiri,
untuk menjadikan masa hadapan anda lebih mudah...
insyaAllah...

Mengenai seseorang yg pnting kpd anda...
Bohong kalau anda tidak anggap makwe anda penting,
dan ade yg lebih truk dri itu,
menganggap makwe atau kekasih lbih pnting dari keluarga sendiri..
Dalam ape2 hal sekalipun,anda perlu meletakkan keluarga di atas,
tetapi masih dibawah tuntutan agama Islam...
Letaklah sesiapa pon sbg org yg pnting utk anda,
anda pasti mahu menjaga mereka sbgimana anda mnjaga diri sndri kn?
Kalo boleh anda tidak mahu berenggang@berpisah dgn mereka,
walaupon hanya utk beberapa hari...
(kalo bbrpa mnit or jam xnk pisah tu dh teruk sgt)
Ape yg anda akan buat?
Berdasarkan pengalaman sy melihat rakan2 sekuliah dan serumah,
kebanyakan drpd anda akan mnggunakan SMS utk sntiasa bhubungan,
tidak kurg yg menelefon setiap hari,minggu mahupun bulan...
Ape yg sy lihat juga,mereka akan sntiasa mncari pluang utk 
berhubung wlaupun semasa dikelas,ceramah,atau di masjid...
Sy faham anda syg akan org yg pnting kpd anda,
tp ape salahnye jika anda mmbritahu mereka bahawa anda sdg mlakukan sesuatu perkara yg pnting utk masa dpn,
cntohnye mahu solat atau mmbaca yasin...
Jika anda berbuat demikian sudah tentu mereka akan faham situasi yg sdg anda hadapi malah mungkin akan mmberi smgt yg lbih utk anda solat lbih khusyuk(cntohnye)....

So, kesimpulan dri entry ni adalah,
sepenting mane pon sesuatu benda,perkara mahupun seseorang kpd anda,
anda harus menjaga kepentingan itu dgn adil,
Jgn membelakangi agama demi kepentingan duniawi,
Jgn pula mmbiarkan kepentingan berlalu begitu sahaja,
kerana anda bakal menyesal di kemudian hari...

Saudara! Dahulukan kepentingan akhirat atas kepentingan dunia.  Nescaya kau akan mendapat keuntungan dari kedua-duanya.  Bila kau mendahulukan kepentingan dunia atas kepentingan akhirat,  maka kau akan rugi.  Rugi dunia,  dan rugi akhirat.  Ini, merupakan seksaan bagimu.  Mengapa kau sibuk dengan sesuatu yang tidak diperintahkan?  Jika kau tidak sibuk dengan urusan dunia, nescaya Allah s.w.t. akan melimpahkan Ma’unah (pertolongan) kepadamu.  Juga akan memberikan Taufiq, dan kesempatan mengambil sebahagian kecil daripadanya.  Nescaya akan menjadi berkat.

sumber: http://joe786.wordpress.com/

Wassalam


 
Bruno Mars - Talking To The Moon