BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

AKU MENGALAH

Aku tak fasih berkata
Aku tak seni dalam berbahasa
Tapi tak bermakna aku diam tiada apa
Hanya hati mengerti sang pemilik jiwa

Walau maksud tidak ku fahami
Aku tahu ada yang bersemi
Dalam sanubari kau terluka 
Pasti kerana aku sahaja

Ayat tak semanis madu
Janji tak sekukuh batu
Namun aku masih berpegang 
Dengan apa yang aku sayang

Jika engkau terluka kerana ku
Ungkapan maaf sekadar mampu
Walau tak mampu memujuk hati
Menjadi tanda menyerah diri

Aku masih tak mengerti apa yang aku lakukan, 
sehingga engkau melafazkan 
Adakah mungkin engkau bosan dgn perkataanku?
Ataupun menyampah dengan perbuatanku?
Mungkin juga benci dgn hatiku?

Entahlah
Kadangkala aku mengalah
Aku tak marah 
Mengawal setiap inci amarah
Tapi kenapa seperti aku yg bersalah?

Harapanku hati yang engkau bawa masih tetap bersatu dgn jiwa,
Agar aku tak lekang dari ingatan
Sentiasa membakar semarak cinta

Engkau tidak pernah tahu apa yg aku simpan
Tidak pernah lihat perjuangan aku utk kita
Tidak pernah dengar hebahan aku tentang kisah kita
Mungkin kerana aku lebih suka
Membuat suatu secara rahsia
Berbanding dipuji serata dunia

Jika engkau tahu
Pasti di bibirmu senyuman paling ayu
Pasti di hatimu engkau layu

Namun aku tak suka menunjuk
Biarkan aku tunduk
Sehingga kadang terduduk

Kesat matamu
Betulkan simpuhmu
Tumpulah dengan kerja mu
Biarkan aku sendiri
Lakukan tanggungjawab ini

Aku mampu
Aku harus mampu
Aku perlu terus mampu


Teruskan perjuanganmu 
Walau aku tidak membantu
Aku tahu engkau juga mampu
Hati ini memang ikhlas untukmu

Aku bukan pencinta wanita
Aku bukan penjinak jiwa

Aku punya cita
Aku punya azam

Aku akan lebih serius
InsyaAllah

Walau air mata mengalir
Aku akan sentiasa kuat dan tak kan berpaling
Kerna aku ada visi
Aku punya misi
Dan engkau sebagai penanda
Untuk aku berjaya



*Abang Jawa*
~Kalah dan terus mengalah, percaya pada Allah~

 
Bruno Mars - Talking To The Moon