BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

SABAR ITU INDAH..

Biarlah aku melihat dari tepi
memerhati dari sudut sepi
asalkan engkau terus menikmati
rahmat dan bantuan dari Illahi

Aku tidak mahu menganggu
aku tidak sedia bermadu
sampai masa nanti kita akan bersatu
semoga mendapat redha dari yg Satu..

Cukup zaman gelap yg kita harung,
menjadi pengajaran berguna sebelum bertarung,
kita bicara lagak dewasa
hati masih selalu berkaca
tetapkan hala
perkuatkan jiwa
bila masa datang menyapa
jangan bilang tidak bersedia.

Sekarang kita pergi rasa
Macam mana hebat lakonan dunia
Siap sedia anggota dan senjata
Agar tidak tewas diratah jelata

Engkau mahu itu
Aku mahu ini
Mungkin masih belum jelas
Atau mungkin tidak sekata
Tak mengapa,
kita pergi sua seluruh dunia
sampai tak lagi mampu ketawa
Nah, itu masanya

semoga engkau bahagia dengan cita
aku akan terus mengalah kerna cinta
bukan setiap kalah mesti balah
bukan setiap cita mesti sengsara
kita cuba cara kita

harapan dan doa sentiasa ada
teguh berpegang janji setia
mendamba cinta ikatan selamanya
jadi tujuan setiap manusia.

Wassalam






0 comments:

 
Bruno Mars - Talking To The Moon